Thursday, April 29, 2010

Adakah Kita Pokai??



Assalamualaikum..
Semoga kita sentiasa sihat, diberkati Allah swt. dan dipermudahkan segala urusan. Diberi kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan dan keberkatan dari yang Maha Kuasa.

"Adakah kita dilahirkan untuk hidup "pokai"?" Itulah soalan yang saya pernah tanya kepada diri saya suatu masa dulu. "Adakah saya memang seorang yang ditakdirkan gagal dan gagal lagi di dalam apa sahaja yang saya lakukan?", soalan lain yang biasanya menyusul selepas soalan pertama. Kadang-kadang duit ada tapi akan ada sahaja situasi penyebab duit itu "pergi", walaupun puas saya menyanyikan lagu "Jangan Kau Pergi". Saya juga pernah mengalami keadaan yang banyak sangat orang yang datang approach untuk buat macam-macam jenis bisnes sehingga saya tidak tahu mana satu saya perlu follow.

Dulu, apabila saya menghadapi "malang" atas "malang", budak kecil dalam diri saya selalu mula membisikkan kata-kata negatif atau "berniat jahat" yang pernah saya dengar daripada orang lain.Kadang-kadang juga, saya pernah terfikir, adakah memang sengaja Tuhan menjadikan 2 kumpulan iaitu "mereka" yang kaya dan aku yang "broke", tak ada duit, kalau ada pun selalu "bocor", selalu tersilap langkah memilih pelaburan atau perniagaan dan aku memang ditakdirkan ditipu.

Tetapi, itu dulu.... Masa polis pakai seluar pendek dulu, tapi sekarang segala-galanya telah berubah. Setelah berpuluh tahun hidup tanpa mengetahui dengan jelas apakah kekuatan, kelemahan, potensi serta bakat sebenar diri saya. Then saya telah mendapat formula mudah tentang kajian analisa diri manusia yang menggunakan "human sciense behaviour" menggunakan correlation theory yang berkaitan dengan kajian tarikh lahir seseorang. Tidak ada "kuasa" pada tarikh lahir seseorang melainkan hanya sebagai indicator untuk lebih mudah saya mengimbangi karektor dan watak diri saya.

Hidup saya mula berubah. Saya mula tahu serta yakin yang semua orang mempunyai peluang untuk membina kejayaan serta kekayaan sekiranya mereka mempunyai ilmu tentang kejayaan sebagaimana yang diketahui oleh orang yang telah berjaya serta mempunyai mentor yang telah terbukti berjaya serta sistem yang boleh diikuti dengan mudah.

Orang yang berjaya akan membina karektor untuk berjaya. Itulah prinsip asasnya. Apabila saya mempelajari kajian NLP (Neuro-Linguistik Program) yang mengkaji secara sainstifik mengenai pattern atau corak serta cara berfikir, emosi serta tingkah-laku dan tindakan orang yang berjaya dibandingkan orang yang gagal, ianya telah menjadi "turbo" kepada kejayaan saya hari ini di dalam perniagaan saya. Saya mempunyai empayar perniagaan yang terlibat di dalam industri pengiklanan, syarikat perunding pemasaran strategik, syarikat percetakan, syarikat pengurusan acara serta syarikat yang terlibat dengan pelaburan hartanah dan emas.

Saya merupakan perunding motivasi dan potensi diri serta jurulatih kejayaan untuk beberapa organisasi dan syarikat korporat di Malaysia untuk beberapa tahun ini. Tetapi disebabkan minat saya serta hobi saya adalah untuk menyumbang kepada ramai di luar sana yang ramai "seperti saya" dulu, hidup tanpa matlamat yang jelas, selalu ditipu, selalu "melanggar dinding", selalu buat keputusan yang salah, selalu "duit bocor" dan macam-macam lagi tekanan, maka saya amat komited di dalam mengadakan "public program" untuk membantu anda untuk meningkatkan nilai serta kualiti hidup anda serta keluarga anda.

Ramai orang yang ingin berjaya dalam hidup tetapi "end-up" tetapi tidak mempunyai ilmu, mentor atau sistem yang betul.

Ramai orang yang selagi dia belum mempunyai ilmu, mentor atau sistem di dalam mengatur langkah hidupnya, perniagaannya atau kerjayanya, maka dia end-up selalu ditipu, "melanggar dinding" serta kebocoran wang.

Ramai yang ingin bahagia, sihat, kaya, berjaya serta mendapatkan keberkatan dariNya tetapi belum jumpa caranya.

Pernahkah anda belajar dengan bermentor mengkaji atau menganalisa tentang kekuatan, kelemahan, potensi serta bakat diri anda sebenarnya?

Tidak kisahlah berapa pun umur anda, anda perlu mengenal apakah rahsia kejayaan atau kekayaan yang mungkin ada pada diri anda yang sebenarnya anda tidak perasan atau tidak tahu bukan?
Jadi, fikirlah. Bukan mudah untuk berjaya kerana kejayaan adalah untuk orang yg betul-betul inginkannya...tetapi untuk pokai, sangat mudah dan tak perlu bersusah payah untuk fikir dan lakukan.


"Orang yang gagal akan mencari alasan untuk tidak bertindak pantas dan akhirnya mereka terus gagal, sekiranya anda ingin berjaya, anda perlu kenalpasti apakah alasan orang gagal dan JANGAN BUAT!"

Dr.Azizan Osman
Jurulatih & Mentor Kekayaan & Kejayaan

No comments:

Post a Comment