Thursday, April 29, 2010

Cerita : Ibu...




Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku...ibu
Bila lapar, yang suapkan aku...ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku...ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut...Bu!
Bila bangun tidur, aku cari...ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang...ibu
Bila nak bermanja, aku dekati ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku...ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma...ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah...ibu
Bila takut, yang tenangkan aku...ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk...ibu
Bila sedih, aku mesti talipon...Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada...Ibu
Bila takut, aku selalu panggil..."ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah...Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga...Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu...Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau...Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku...Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...Ibu
Yang selalu berleter kat aku...Ibu
Yang selalu puji aku...Ibu
Yang selalu nasihat aku...Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk...Ibu
Bila aku dah ada pasangan hidup sendiri, Bila seronok... aku cari pasanganku, Bila sedih aku cari...Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada pasanganku..Bila gagal, aku ceritakan pada...Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku..Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti, aku bawa pasanganku..Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada pasanganku..Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan 'Selamat Hari Ibu'
Aku ingat pasanganku Selalu, Ibu ingat kat aku bila-bila...
Aku akan talipon pasanganku selalu..Entah bila aku nak talipon Ibu Selalu...
Aku belikan hadiah untuk pasanganku..Entah bila aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:
Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu?
Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu.
Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.
Ingatlah pengorbanan ibuuuuu....

Adakah Kita Pokai??



Assalamualaikum..
Semoga kita sentiasa sihat, diberkati Allah swt. dan dipermudahkan segala urusan. Diberi kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan dan keberkatan dari yang Maha Kuasa.

"Adakah kita dilahirkan untuk hidup "pokai"?" Itulah soalan yang saya pernah tanya kepada diri saya suatu masa dulu. "Adakah saya memang seorang yang ditakdirkan gagal dan gagal lagi di dalam apa sahaja yang saya lakukan?", soalan lain yang biasanya menyusul selepas soalan pertama. Kadang-kadang duit ada tapi akan ada sahaja situasi penyebab duit itu "pergi", walaupun puas saya menyanyikan lagu "Jangan Kau Pergi". Saya juga pernah mengalami keadaan yang banyak sangat orang yang datang approach untuk buat macam-macam jenis bisnes sehingga saya tidak tahu mana satu saya perlu follow.

Dulu, apabila saya menghadapi "malang" atas "malang", budak kecil dalam diri saya selalu mula membisikkan kata-kata negatif atau "berniat jahat" yang pernah saya dengar daripada orang lain.Kadang-kadang juga, saya pernah terfikir, adakah memang sengaja Tuhan menjadikan 2 kumpulan iaitu "mereka" yang kaya dan aku yang "broke", tak ada duit, kalau ada pun selalu "bocor", selalu tersilap langkah memilih pelaburan atau perniagaan dan aku memang ditakdirkan ditipu.

Tetapi, itu dulu.... Masa polis pakai seluar pendek dulu, tapi sekarang segala-galanya telah berubah. Setelah berpuluh tahun hidup tanpa mengetahui dengan jelas apakah kekuatan, kelemahan, potensi serta bakat sebenar diri saya. Then saya telah mendapat formula mudah tentang kajian analisa diri manusia yang menggunakan "human sciense behaviour" menggunakan correlation theory yang berkaitan dengan kajian tarikh lahir seseorang. Tidak ada "kuasa" pada tarikh lahir seseorang melainkan hanya sebagai indicator untuk lebih mudah saya mengimbangi karektor dan watak diri saya.

Hidup saya mula berubah. Saya mula tahu serta yakin yang semua orang mempunyai peluang untuk membina kejayaan serta kekayaan sekiranya mereka mempunyai ilmu tentang kejayaan sebagaimana yang diketahui oleh orang yang telah berjaya serta mempunyai mentor yang telah terbukti berjaya serta sistem yang boleh diikuti dengan mudah.

Orang yang berjaya akan membina karektor untuk berjaya. Itulah prinsip asasnya. Apabila saya mempelajari kajian NLP (Neuro-Linguistik Program) yang mengkaji secara sainstifik mengenai pattern atau corak serta cara berfikir, emosi serta tingkah-laku dan tindakan orang yang berjaya dibandingkan orang yang gagal, ianya telah menjadi "turbo" kepada kejayaan saya hari ini di dalam perniagaan saya. Saya mempunyai empayar perniagaan yang terlibat di dalam industri pengiklanan, syarikat perunding pemasaran strategik, syarikat percetakan, syarikat pengurusan acara serta syarikat yang terlibat dengan pelaburan hartanah dan emas.

Saya merupakan perunding motivasi dan potensi diri serta jurulatih kejayaan untuk beberapa organisasi dan syarikat korporat di Malaysia untuk beberapa tahun ini. Tetapi disebabkan minat saya serta hobi saya adalah untuk menyumbang kepada ramai di luar sana yang ramai "seperti saya" dulu, hidup tanpa matlamat yang jelas, selalu ditipu, selalu "melanggar dinding", selalu buat keputusan yang salah, selalu "duit bocor" dan macam-macam lagi tekanan, maka saya amat komited di dalam mengadakan "public program" untuk membantu anda untuk meningkatkan nilai serta kualiti hidup anda serta keluarga anda.

Ramai orang yang ingin berjaya dalam hidup tetapi "end-up" tetapi tidak mempunyai ilmu, mentor atau sistem yang betul.

Ramai orang yang selagi dia belum mempunyai ilmu, mentor atau sistem di dalam mengatur langkah hidupnya, perniagaannya atau kerjayanya, maka dia end-up selalu ditipu, "melanggar dinding" serta kebocoran wang.

Ramai yang ingin bahagia, sihat, kaya, berjaya serta mendapatkan keberkatan dariNya tetapi belum jumpa caranya.

Pernahkah anda belajar dengan bermentor mengkaji atau menganalisa tentang kekuatan, kelemahan, potensi serta bakat diri anda sebenarnya?

Tidak kisahlah berapa pun umur anda, anda perlu mengenal apakah rahsia kejayaan atau kekayaan yang mungkin ada pada diri anda yang sebenarnya anda tidak perasan atau tidak tahu bukan?
Jadi, fikirlah. Bukan mudah untuk berjaya kerana kejayaan adalah untuk orang yg betul-betul inginkannya...tetapi untuk pokai, sangat mudah dan tak perlu bersusah payah untuk fikir dan lakukan.


"Orang yang gagal akan mencari alasan untuk tidak bertindak pantas dan akhirnya mereka terus gagal, sekiranya anda ingin berjaya, anda perlu kenalpasti apakah alasan orang gagal dan JANGAN BUAT!"

Dr.Azizan Osman
Jurulatih & Mentor Kekayaan & Kejayaan

Betul Ke Minda Kita Hebat??


assalamualaikum...
kita memiliki satu aset yang sangat bernilai... iaitu minda kita... minda kita memainkan peranan dalam segala urusan kehidupan kita... minda kita mempunyai kuasa untuk mengubah ape sahaja yang kita inginkan... inilah kuasa minda...
minda kita mempunya berbillion neuron yang bersambung antara satu sama lain... yang membentuk program dalam diri kita... yang membentuk kelakuan kita hari ini... sebagai contoh bagaimana kita boleh membawa kereta dengan lancar tanpa melihat gear, pedal brek, pedal minyak dan sebagainya... program dalam minda kita terbentuk setelah kita membuat sesuatu perkara berulang kali...
minda manusia potensinya diibaratkan jika supercomputer disusun membentuk sebesar 4 padang bola sepak dan tingginya setinggi statue of liberty... sangat besar potensi minda kita... tapi kajian menunjukkan kita menggunakan potensi minda kita kurang dari 10%... kita banyak membazir potensi diri kita...
minda manusia terbahagi kepada minda sedar dan minda separa sedar... hari ini bagaimana kita nak memaksimakan potensi minda separa sedar kita... minda separa sedar kita mempunyai potensi yang sangat besar jika kita ingin berjaya...
minda separa sedar juga yang membentuk habit... sebagai contoh orang yang suka gigit kuku susah nak buang sebab tabiat ini telah tertanam, programnya telah terbentuk... kita boleh membentuk program dalam diri kita untuk berjaya... kita boleh mengajar, melalui masa, minda kita akan terbentuk dengan tabiat baru untuk kita berjaya... bagaimana kita bertindak balas dengan ape yang terjadi pada diri kita adalah sebenarnya dari minda separa sedar...
hari ini kita boleh membentuk minda kita ke arah kejayaan... membentuk program yang baik... mempunyai tabiat atau habit orang yang berjaya... dengan perbuatan yang berulang kali akan membentuk tabiat yang kita inginkan...
inilah rahsia orang yang berjaya... bagaimana mereka membentuk minda mereka... mereka ukirkan kejayaan di dalam minda mereka... :)

Masa Adalah Antara Aset Yang Tak Ternilai Harganya


assalamualaikum...pejuang-pejuang impian,

Masa adalah aset yang tak ternilai harganya... masa yang berlalu tak dapat dikembalikan... penggunaan masa yang baik akan memberi nilai yang sangat baik pada diri kita... pembahagian masa untuk kesihatan, peningkatan ilmu, berehat, melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan sbgnya penting dalam menjalani kehidupan yang hebat...

Juga bagaimana kita sabar dengan masa untuk berjaya... kerana ramai yang tak mampu menunggu masa untuk berjaya... kejayaan sebenarnya berada di hujung perjalanan yang kita tuju... proses kejayaan perlu melalui masa yang kita tentukan sendiri dengan planning yang baik dan proses pelaksanaan yang baik...
Penggunaan dan strategi masa yang baik boleh menggandakan kejayaan... kepantasan bertindak, tidak bertangguh dan sebagainya memainkan peranan yang penting untuk mendapat keputusan yang baik.

Sedar atau tidak,kita mungkin faham bagaimana penggandaan masa boleh dilakukan... melalui masa kita membina tangga kejayaan kita... kekalkan momentum, maka baru boleh berjaya... buat sehabis baik apa yg diusahakan... gunakan masa yang ada... bertahan dengan apa shj yg kita sedang diusahakan untuk hanya beberapa tahun pasti kejayaan akan menunggu...

Delaykan untuk membeli ape yang kita nak... delaykan untuk berehat di rumah... delaykan semua benda yang membuat kita rasa kita selesa untuk kita berjaya... fokus dan beri komitmen yang 100% hari ini dan beberapa tahun yang mendatang untuk mendapat ape yang kita impikan...tak rugi kalau kita mengejarnya...ingatlah,zaman akan terus berubah... lebih pantas... lebih aggressif dengan teknologi yang lebih canggih...

Jadi, jgn bazirkan masa jika impian kita masih belum tercapai...



''kita tidak kalah..kalau berada di bawah,
tp kita kalah..jika kita tidak berusaha utk ke atas''

Membaca Untuk Meningkatkan Potensi Diri



Assalamualaikum kepada pemburu2 impian..

Ku faham ramai di kalangan kita jarang membaca, ada juga yang rajin membaca. Untuk tahun baru ni, apa kata kita set matlamat untuk habis membaca 1 buku dalam 1 minggu. Tak kisah la buku apa, janji kita habis baca dalam tempoh 7 hari atau lebih awal dari tu.
Tujuan kita set azam sebegini adalah untuk membiasakan diri kita membaca, supaya kita ada minat membaca.
Membaca suratkhabar itu satu perbuatan membaca juga. Jutaan orang di Malaysia melakukan hal tu setiap pagi.Membaca Al-Quran juga adalah yg terbaik.
Maksudku, apa kata kita didik diri kita supaya terbiasa membaca buku – buku perniagaan conventional or bercorakkan MLM, buku pengurusan aset dan kewangan ataupun buku motivasi.
Orang-orang berjaya, jutawan, hartawan, usahawan berjaya, diorang semua suka membaca. Ada di kalangan mereka yang habis membaca 1 buku dalam tempoh seminggu. Ada yang membaca 2 buku dalam seminggu, tak puas baca, dia baca lagi balik untuk minggu depan.
Jadi orang yang kaki buku (minat membaca) banyak kelebihannya.
Paling utama, Anda akan dapat tahu apa yang orang lain tak tahu. Dengan pengetahuan itu, Anda dapat gunakannya untuk memajukan diri dalam bidang anda sekarang ini.
Kelebihan kedua, dengan pembacaan meluas, Anda dapat memberi buah fikiran yang lebih bernas daripada orang lain di sekeliling Anda. Kesannya, Anda akan menonjol, cadangan Anda diterima, ramai orang akan respect dgan Anda (walaupun umur Anda muda).
Jika Anda nak berjaya, latih diri Anda supaya minat membaca. Luangkan paling kurang 1 jam dalam sehari untuk membaca.
Buat permulaan, baca 5-7 helai dalam sehari.
Esok, baca 10-20 helai.
Lusa, baca 1 bab.
Lama-kelamaan Anda akan terbiasa membaca hinggakan membaca mendatangkan keseronokan pada diri Anda.
Beberapa minggu akan datang, azam membaca 1 buku untuk 1 minggu akan dapat dicapai, InsyaAllah.

Ta'aruf



Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Bersyukurku ke hadrat ilahi kerana dengan keizinannya, ku dapat meluangkan masa untuk berkongsi dengan kalian tentang apa sahaja....baik tentang kehidupan, pejalanan hidup, masa depan, potensi diri, motivasi, kisah/cerita, impian atau apa sahaja....yang penting, jika kalian adalah pemburu impian..mari bersama2ku untuk berkongsi di dalam blog ini....