Monday, May 31, 2010

Sultan Muhammad Al-Fateh (penakluk Konstatinopel)


Kepada sahabat2 yg telah mengikuti Elite Training di Dusun Eco Resort tempoh hari, pasti anda sinonim dengan kisah sejarah islam ini yg diceritakan oleh Amb Madek. Oleh itu, saya abadikan sinopsis kisah ini utk panduan rakan2 sahabat2 sekalian di mana ianya merupakan salah satu kisah yang menyuntik semangat kita semua utk bangkit dan percaya kepada potensi diri sendiri dan mengagungkan Allah..insyaallah..

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481. Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.

Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):

“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa

Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.


Jika berpeluang, beli buku ini dan dalami kisah agung ini..

Kita Tidak Dilahirkan Untuk Hidup Biasa-Biasa!!!


KISAH KATAK

Anda pernah dengar kisah katak? Kisah katak di dalam bikar? Tidak pernah? Biar saya kongsikan lagi sekali. Sekumpulan pelajar sains telah menjalankan satu ujikaji di makmal menggunakan katak. Pada ujian yang pertama, katak tersebut cuba dimasukkan ke dalam satu bikar yang berisi air yang panas mendidih. Apabila katak itu dicampakkan ke dalam bikar tersebut, katak tersebut terus menggelupur melompat keluar dari bikar yang berisi air panas tersebut.

Kemudian, pelajar sains tersebut telah membuat ujian kedua. Di dalam ujian kedua kali ini, satu bikar telah digunakan untuk diisi dengan ketulan ais. Dan seekor katak telah diletakkan di dalam bikar dibawah ketulan ais tersebut. Memang katak suka dengan tempat yang sejuk dan seronaklah ia dibawah ketulan ais tersebut. Tidak lama selepas itu, pelajar sains tersebut bertindak memanaskan bikar yang berisi ais dan katak tersebut menggunakan penunu Bunsen yang diletakkan dibawah bikar. Bikar tersebut dipanaskan perlahan-lahan yang menyebabkan ais tersebut semakin lama, semakin cair. Setelah berubah menjadi air dan ianya semakin panas menggelegak, ironinya katak tersebut tetap tidak berganjak keluar dari air panas tersebut dan akhirnya ianya mati.

Apa yang boleh kita pelajari dari kisah katak ini? Katak sebenarnya mempunyai sel memori, walaupun ianya adalah sel ingatan yang kurang, tidak seperti manusia, tetapi katak dapat merakamkan “perasaan” seronok kesejukan dibawah ketulan ais tersebut. Apabila ais berubah menjadi cair dan semakin lama semakin panas, katak tersebut tidak mahu “melepaskan” memori indah dibawah ketulan air, ia merasa cukup selesa dengan memori tersebut dan walaupun air semakin panas, katak tersebut tetap tidak berganjak dan akhirnya lebih rela mati daripada berubah atau berti ndak keluar dari situasi tersebut.

Di dalam situasi kehidupan kita, ramai juga yang “terperangkap” dengan zon selesa (Comfort Zone) merasa selesa dengan apa yang ada dan tidak perasan yang kos sara hidup dan cabaran hidup di sekeliling mereka semakin hari semakin hebat. Ramai yang tidak perasan yang pendapatan yang biasa-biasa hari ini hanya mampu buat mereka hidup “biasa-biasa” sahaja hari ini dan akan datang. Ramai yang tidak sedar yang mereka semakin hari semakin menjadi “tidak mampu” untuk mempunyai banyak pilihan. Ramai yang tidak sedar yang mereka membesar dengan “termakan” dengan banyak kata-kata negatif atau program minda yang salah seperti “Hidup ini jadi orang sederhana atau biasa-biasa sudahlah, tak payah kaya sangat!” atau ayat seperti “Alaa, buat apa jadi kaya tapi hati tidak senang, lebih baik miskin, tidak ada duit tapi hati senang!’ atau ayat seperti :”Cukuplah apa yang ada, hidup ini tidak lama, mati tidak bawa pun harta benda semua!”.

Itu adalah ayat-ayat “Minda Miskin” yang salah asuhan sebenarnya. Saya pun dulu banyak dipengaruhi oleh persepsi yang salah tentang kekayaan dan hidup luar biasa. Dan ianya menjadi penghalang atau paradigma yang menghalang saya untuk hidup luar biasa kaya dan berjaya serta diberkati.

Kajian mendapati, untuk membina satu kehidupan yang cantik serta berjaya di dunia dan mudah-mudahan berjaya di akhirat. Kita perlu maksimakan hidup serta peluang yang diberikan oleh yang Maha Kuasa.

Kita tidak dihidupkan melalui proses yang “biasa-biasa”. Ibu bapa kita “bertemu” dan akhirnya kita dikandung oleh ibu kita serta dibawa ke mana sahaja di dalam tempoh 9 bulan 10 hari. Hari ini ramai daripada kita yang engkar atau malu dengan situasi ibu ayah kita dan ramai yang “membuang ” ibu ayah mereka sedangkan ibu kita tidak pernah malu untuk mengusung kita di dalam kandungan ke sana sini ketika ia hamil serta sentiasa menjaga kita bila kita dilahirkan. Kita dijaga dengan perhatian yang luar biasa sehinggalah kita boleh berdikari tiba-tiba kita mudah terguris atau tersentuh hati serta merajuk dengan ibu bapa kita yang mencurahkan kasih sayang serta banyak pengorbanan yang luar biasa terhadap kita.

Tuhan tidak menjadikan kita hanya untuk hidup sekadar di pinggiran atau menjadi “biasa-biasa” sahaja. Di situlah perbezaan di antara yang mensyukuri nikmat serta yang tidak. Sekiranya kita bersyukur, kita akan melakukan yang terbaik di dalam kehidupan kita untuk diri kita, keluarga kita, anak bangsa kita, agama kita dan negara kita.

Adakah mustahil seseorang itu boleh hidup luar biasa bahagia, sihat, kaya, berjaya dan sentiasa diberkati? Pastinya tidak mustahil. Ramai orang yang telah berjaya hidup luar biasa begitu, cuma kadang-kadang disebabkan hidup kita sekarang ini di kelilingi oleh “katak”, maka kita ingat semua orang hidup macam katak seperti kita.

Hidup kaya, berjaya serta hidup harmoni dan dapat menyumbang kepada ramai orang lain.

Hidup ini singkat dan kita tidak mampu untuk hanya hidup “biasa-biasa” sahaja.

ikhsan dari
Dr.Azizan Osman
Jurulatih & Mentor Kekayaan & Kejayaan

Thursday, May 20, 2010

Kuda Tua


Seorang rakan dari seberang laut mengirimkan email kepada saya beberapa hari lepas. Sebelum ini memang kami selalu berutus-utus email. Emailnya kali ini berkenaan kisah seekor kuda tua yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Tuan kuda tersebut adalah seorang peladang. Kuda tersebut sudah tidak diperlukan lagi oleh tuannya kerana ketuaannya (tidak pasti betul atau tidak istilah ini) merupakan beban kepada tuannya. Setelah menyedari kuda tersebut terjatuh ke dalam perigi buta tersebut, peladang tersebut mula berfikir macam-macam. Adakah dia perlu menyelamatkan kuda tersebut atau membiarkannya sahaja?

Setelah berfikir panjang, dia membuat satu keputusan yang amat dahsyat … di luar dari batas peri kemanusiaan walau pun dia sebenarnya seorang manusia.

Dia terfikir untuk membiarkan kuda tersebut mati di dalam perigi tersebut kerana untuk menyelamatkan kuda tersebut, kosnya tidaklah murah. Kuda tersebut pula sudah tua. Apa yang boleh dia buat dengan kuda tua? Ditambah dengan niatnya sebelum ini untuk mengambus perigi buat tersebut kerana perigi itu sudah tidak berguna lagi.

Dua makhluk yang tidak berguna ini akan dimusnahkan; kuda tua dan perigi buta …..

Mungkin untuk mengambil berkat amal jamaie, dia memanggil rakan-rakannya yang lain untuk membantunya mengambus perigi tersebut lalu menguburkan kuda tersebut di dalamnya. Mereka berkumpul dan memulakan kerja.

Seorang demi seorang mula menyodok tanah dan mencampakkannya ke dalam perigi. Tidak cukup dengan tanah, mereka juga mula membaling kayu-kayu dan sampah sarap di sekeliling perigi tersebut ke dalamnya.

Kuda tua mula menyedari apa yang berlaku. Ingatkan mereka akan mengeluarkannya dari perigi. Lain diharap lain yang berlaku. Kuda tua itu pun mula menjerit-jerit. Apa yang disebutnya saya tidak tahu. Minta tolonglah kot. Tidak lama selepas itu, peladang dan rakan-rakannya tiba-tiba terhenti dari menyodok dan mengambus. Suasana suspen seketika kerana kuda tersebut tidak lagi menjerit-jerit. Kemudian mereka menyambung kembali kerja mereka untuk menyelesaikan apa yang dirancang; menguburkan kuda tua di dalam perigi buta yang dikambus dengan tanah.

Setelah beberapa ketika, peladang menjenguk ke dalam perigi untuk melihat sedalam manakah telah mereka berjaya kambus dan berapa banyak lagi baki kerja mereka.

Terkejut …… Apa yang dilihat oleh peladang di dalam perigi buta tersebut? Sesuatu di luar jangkaannya telah berlaku.

Kuda tersebut masih hidup dan sedang berada hampir dengan mulut perigi. Tanah-tanah yang mereka campakkan ke dalam perigi semuanya berada di bawah tapak kakinya. Rupanya setiap kali tanah dicampakkan ke atas badannya, kuda tua tersebut secara diam-diam menggoyangkan badannya menjatuhkan tanah ke bawah tapak kakinya. Kemudian dia naik memijak tanah tersebut. Begitulah seterusnya; setiap kali dicampakkan tanah, setiap kali itu jugalah dia makin tinggi menghampiri mulut perigi.

Ketika semua sedang kebingungan melihat apa yang berlaku, kuda tua tersebut melompat keluar dari perigi dan berlari menjauhkan diri dari peladang dan rakan-rakannya.

Itulah hakikat kehidupan. Setiap masalah yang berlaku adalah tanah dan beban yang dicampakkan ke atas kita. Jika kita bijak, semua bebanan itu akan kita pijak untuk meningkatkan maqam dan kedudukan kita di sisi Allah.

Di akhir emailnya, rakan saya menulis:

لا تتوقف ولا تستسلم أبدا
مهما شعرت أن الآخرين يريدون دفنك حيا
Jangan berhenti dan jangan menyerah sama sekali, walau pun kamu merasa bahawa orang lain sedang berusaha menguburkan kamu hidup-hidup.

Wallahu a’lam


(ihsan dari Ustaz Muhammad Fauzi)

Wednesday, May 19, 2010

Doa Utk Ibu dan Ayah




Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita(berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e...g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ...Mari kita cuba … .Allahhuakhbar. ..

Usaha Dan Ketekunan




Usaha dan Ketekunan

Orang berjaya akan berusaha mencari jalan untuk berjaya. Orang yang gagal pula akan berusaha untuk mencari alasan! Sebetulnya, kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih.

Kalau berhadapan sesuatu situasi, cara setiap orang mengatasinya pasti berbeza. Tahap kesabaran setiap orang juga tidak sama. Adakah orang2 berjaya itu memiliki "something special" yang tidak dimiliki oleh orang2 biasa? Sebenarnya dalaman mereka sama jua dengan orang biasa.

Mereka juga bernafas udara yang sama, punya rasa letih, punya rasa jemu, tapi yang membezakan orang biasa dengan mereka ialah keazaman mereka yang tinggi dan juga kepercayaan mereka terhadap apa yang mereka perjuangkan. Mereka bayar apa2 harga yang perlu dibayar. Tetapi kita hanya perlu 'beri masa'. Masa adalah satu benda yang mahal. Sesetengah kita tak sanggup beri masa . Masa itulah sebenarnya yang paling mahal.

Ada yang inginkan kejayaan dengan sekelip mata. Ada juga yg inginkan kejayaan tapi tidak berani langsung untuk ambil risiko dan cabaran. Ada yg inginkan kejayaan tanpa mahu letakkan usaha. Dan ada juga yg inginkan kejayaan tetapi cukup takut untuk gagal. Ambil contoh mudah, nak faham sesuatu kena dalami dan kena beri masa, berapa banyak masa yang kita sanggup beri untuk pelaburan kepada diri dengan membaca contohnya? Dan berapa banyak masa yg kita sanggup korbankan untuk berjaya?

Jom renungkan, kejayaan bukanlah suatu destinasi..tetapi kejayaan adalah 'sebuah perjalanan'...takkan ada kejayaan tanpa pengorbanan. Fikirlah.

Wednesday, May 5, 2010

Hidup Berani Untuk Gagal




H -Hempas pulas setiap masa.
I -Inginkan hidup lebih bermakna.
D -Duit! Harta! Ilmu! Kerjaya!
U -Untuk apa?
P -Pastinya untuk hidup selesa. Demi masa depan yang terbela.

B -“Berani gagal konon.hidup pun selalu gagal!”,kata seorang penakut.
E -Engkau kata..."Hebat!"tp mana hasilnya?sambung seorang pengecut.
R -Ramai orang berfikiran negatif dengan kegagalan.
A -Adakah mereka lupa,bahawa kegagalan itu p'mulaan sebuah kejayaan?
N -Nampak? Fikiran orang-orang kita masih lagi di peringkat bawahan.
I -Itulah golongan yang sentiasa dalam kelemahan.

U -Umpama gajah takutkan semut.
N -Nampak gagah tapi pengecut.
T -“Tidak! Aku tak mahu ikut!”
U -“Untuk apa? Aku mampu.. usah kau serabut!”
K -Katakanlah begitu wahai pengecut.

G -Gagal bukan untuk selamanya.
A -Ada turun ada naiknya.
G -Gagal tidak pula membinasa.
A -Anda ingin berjaya?
L -Lupakan sengketa…




Ayuh!!

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!!

BERANI GAGAL UNTUK BERJAYA!!

Tuesday, May 4, 2010

Law Of Attraction "Muhammad Bin Abdullah"




Kebelakangan ini, ramai yang menyatakan kepentingan "hukum tarikan" dalam menentukan kejayaan mana2 individu yang diambil dari buku "The Secret" karangan penulis dari Australia "Rhonda Byrne"..

Buku ini telah menyatakan pentingnya untuk berfikiran positif kerana PEMIKIRAN yang positif akan melahirkan TINDAKAN yang positif.. TINDAKAN yang positif akan melahirkan TABIAT yaang positif.. TABIAT yang positif akan melahirkan PERIBADI yang positif.. PERIBADI yang postif melahirkan NASIB yang positif.. Begitulah sebaliknya apabila kita tukar perkataan "positif" kepada "negatif"..

Sekiranya ramai yang masih mengeluh dengan nasib mereka yang "kurang baik" cuba renung2kan "chain of reaction" daripada kata2 ini.. Mungkin peribadi atau tabiat atau tindakan atau pemikiran perlu diubah terlebih dahulu...

Namun begitu, dalam kita sibuk2 bercerita tentang karya agung ini.. Ramai antara kita tidak sedar ada satu individu yang memiliki magnet yang sangat luar biasa..

Buku ini akan mengubah persepsi kita tentang Muhammad Bin Abdullah yang kita kenali selama ini sebagai seorang nabi yang miskin (tidak berharta).. Tetapi Muhammad adalah seorang usahawan pada usianya seawal 20an mampu membayar mahar (mas kahwin) kepada khadijah sebanyak 20 ekor unta ketika mereka berkahwin..(convert to RM hari ini.. RM 7k seekor = RM 140k)... Dalam buku ini kita dibawa menelusuri rentetan peristiwa dan pengalaman baginda sejak kecil sehingga menjadi usahawan terbilang dan dikagumi.. Bagaimana sifat-sifat baginda memungkinkan baginda menjadi usahawan terbilang, dalam masa yang sama menjadi pendakwah & pemimpim agong. Dan diceritakan juga bagaimana orang2 yang terawal memeluk Islam terdiri daripada golongan miskin yang mengagumi keperibadian Muhammad sebagai seorang hartawan yang tidak takut miskin kerana Tuhannya..

Kepada yang masih beranggapan dengan berniaga boleh menjadi materialistik.. Bersabar bermaksud duduk dirumah dan bersyukur dengan apa yang telah diperoleh seadanya dan kurang arif tentang konsep zuhud... Saya percaya buku ini boleh membuka minda kita..

Keperibadian insan bernama Muhammad bin Abdullah diakui hebat dengan 4 sifat keusahawananya iaitu INTEGRITI, SETIA, PROFESSIONAL & SPIRITUAL..

Hanya mereka yang telah melalui fasa2 kejayaan baru betul2 memahami. Fasa2 ini termasuklah berjaya.. jatuh dan bangun semula.. Bukan individu yang menjalankan perniagaan separuh jalan atau individu yang hanya merasa kejayaan tanpa pernah menempuh sebarang kegagalan..