Wednesday, May 19, 2010

Usaha Dan Ketekunan




Usaha dan Ketekunan

Orang berjaya akan berusaha mencari jalan untuk berjaya. Orang yang gagal pula akan berusaha untuk mencari alasan! Sebetulnya, kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih.

Kalau berhadapan sesuatu situasi, cara setiap orang mengatasinya pasti berbeza. Tahap kesabaran setiap orang juga tidak sama. Adakah orang2 berjaya itu memiliki "something special" yang tidak dimiliki oleh orang2 biasa? Sebenarnya dalaman mereka sama jua dengan orang biasa.

Mereka juga bernafas udara yang sama, punya rasa letih, punya rasa jemu, tapi yang membezakan orang biasa dengan mereka ialah keazaman mereka yang tinggi dan juga kepercayaan mereka terhadap apa yang mereka perjuangkan. Mereka bayar apa2 harga yang perlu dibayar. Tetapi kita hanya perlu 'beri masa'. Masa adalah satu benda yang mahal. Sesetengah kita tak sanggup beri masa . Masa itulah sebenarnya yang paling mahal.

Ada yang inginkan kejayaan dengan sekelip mata. Ada juga yg inginkan kejayaan tapi tidak berani langsung untuk ambil risiko dan cabaran. Ada yg inginkan kejayaan tanpa mahu letakkan usaha. Dan ada juga yg inginkan kejayaan tetapi cukup takut untuk gagal. Ambil contoh mudah, nak faham sesuatu kena dalami dan kena beri masa, berapa banyak masa yang kita sanggup beri untuk pelaburan kepada diri dengan membaca contohnya? Dan berapa banyak masa yg kita sanggup korbankan untuk berjaya?

Jom renungkan, kejayaan bukanlah suatu destinasi..tetapi kejayaan adalah 'sebuah perjalanan'...takkan ada kejayaan tanpa pengorbanan. Fikirlah.

No comments:

Post a Comment