Thursday, April 29, 2010

Betul Ke Minda Kita Hebat??


assalamualaikum...
kita memiliki satu aset yang sangat bernilai... iaitu minda kita... minda kita memainkan peranan dalam segala urusan kehidupan kita... minda kita mempunyai kuasa untuk mengubah ape sahaja yang kita inginkan... inilah kuasa minda...
minda kita mempunya berbillion neuron yang bersambung antara satu sama lain... yang membentuk program dalam diri kita... yang membentuk kelakuan kita hari ini... sebagai contoh bagaimana kita boleh membawa kereta dengan lancar tanpa melihat gear, pedal brek, pedal minyak dan sebagainya... program dalam minda kita terbentuk setelah kita membuat sesuatu perkara berulang kali...
minda manusia potensinya diibaratkan jika supercomputer disusun membentuk sebesar 4 padang bola sepak dan tingginya setinggi statue of liberty... sangat besar potensi minda kita... tapi kajian menunjukkan kita menggunakan potensi minda kita kurang dari 10%... kita banyak membazir potensi diri kita...
minda manusia terbahagi kepada minda sedar dan minda separa sedar... hari ini bagaimana kita nak memaksimakan potensi minda separa sedar kita... minda separa sedar kita mempunyai potensi yang sangat besar jika kita ingin berjaya...
minda separa sedar juga yang membentuk habit... sebagai contoh orang yang suka gigit kuku susah nak buang sebab tabiat ini telah tertanam, programnya telah terbentuk... kita boleh membentuk program dalam diri kita untuk berjaya... kita boleh mengajar, melalui masa, minda kita akan terbentuk dengan tabiat baru untuk kita berjaya... bagaimana kita bertindak balas dengan ape yang terjadi pada diri kita adalah sebenarnya dari minda separa sedar...
hari ini kita boleh membentuk minda kita ke arah kejayaan... membentuk program yang baik... mempunyai tabiat atau habit orang yang berjaya... dengan perbuatan yang berulang kali akan membentuk tabiat yang kita inginkan...
inilah rahsia orang yang berjaya... bagaimana mereka membentuk minda mereka... mereka ukirkan kejayaan di dalam minda mereka... :)

2 comments: